Cara Permohonan Program Kasih Ibu SMART Selangor (KISS) 2018-2019

Posted on

Cara permohonan Program Kasih Ibu SMART Selangor (KISS) 2018-2019. Program (KISS) atau Kasih Ibu Smart Selangor 2018 khas buat warga Selangor kini telah dibuka untuk sesi 2018-2019. Berita baik buat anda khususnya golongan ibu di Selangor yang bakal menerima bantuan Kasih Ibu SMART Selangor (KISS).

Kandungan:
1. Program KISS
2. Tujuan Program KISS
3. Syarat Kelayakan KISS

Program KISS

Selepas pengumuman pembentangan Bajet 2018, kerajaan negeri Selangor juga turut memperkenalkan satu program yang diberi nama KISS untuk membantu para ibu yang berpendapatan isu rumah di bawah RM2,000 sebulan layak memohon dan bakal menerima bantuan berjumlah RM200 sebulan atau bersamaan RM2,400 setahun.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, bantuan itu dikhususkan kepada mereka berpendapatan isi rumah RM2,000 ke bawah atas penghargaan terhadap pengorbanan serta perit jerih dilakukan.

“Melalui KISS, ibu di Selangor akan mendapat bekalan makanan asas seperti beras, minyak masak dan tepung serta peralatan dan pakaian sekolah untuk anak-anak di pasaraya dan kedai runcit yang akan dikenalpasti.

“Usaha ini sebahagian Inisiatif Peduli Rakyat yang akan dibiayai sepenuhnya Kerajaan Negeri dengan implikasi kewangan RM72 juta.

“Sebagai permulaan, Kerajaan Negeri komited memulakan inisiatif ini bagi suku pertama 2018 dengan pembiayaan RM18 juta,” katanya.

Tujuan Program KISS

Program Kasih Ibu SMART Selangor ini akan diberikan bermula tahun 2018. Dikatakan tahun 2018 adalah tahun yang paling menyanjung kaum hawa dimana intipati Bajet 2018 turut memberikan banyak kelebihan dan insentif kepada mereka. Dengan mudah kata tahun 2018 anda boleh menerima kedua-duanya sama ada BR1M mahupun KISS (warga Selangor sahaja).

Permohonan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) 2018

 Permohonan Program Kasih Ibu SMART Selangor (KISS)

Hubungi Untuk sebarang masalah/ pertanyaan /cadangan, sila hubungi :-

No Telefon : 03.5525.6600
No Faks: 03.5525.6900
Emel : admin@selcare.my
Borang Contact Us

Kiss Selangor

Syarat Kelayakan KISS

1. Warganegara Malaysia dan khasnya anak jati negeri Selangor.
2. Khususnya para ibu yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM2,000 sebulan.

Tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha membantu rakyat yang memerlukannnya. Usaha insiatif KISS ini selaras dengan kebergantungan institusi keluarga terhadap peranan ibu. Yang bukan sahaja mendidik dan membesarkan anak tetapi memikul tanggungjawab mengurus kewangan keluarga. Maklumat Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Semoga informasi tentang Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) 2018 ini dapat memberi pengetahuan kepada anda khususnya para ibu di Selangor. Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada rakan anda yang lain.

[blog_subscription_form]

23 thoughts on “Cara Permohonan Program Kasih Ibu SMART Selangor (KISS) 2018-2019

  1. pada saya patut semua ibu/ibu tunggal hanya yang menjaga keluarga patut diperluaskan kepada semua sebab, kalau hanya ikut pendapatan keseluruhan keluarga mungkin x adil bagi mereka beranak 5 – 6 org kalau gaji 4 – 5 ribu bahagi lagi 5 -6 org anak berapa sangat gaji 4 – 5k tu saya rasa patut dipertimbangkan

    1. Saya setuju.contoh mcm saya anak 5 orang,masih kecik lagi anak sulung baru 8 tahun..isteri tak berkerja gaji saya baru rn2400 sebulan…memang tak dapat la program kiss ni…harap2 di pertimbangkan…

  2. kiss ini untuk anak jati selangor sahaja ke…kalau yg ic bukan selangor boleh apply ke tak,tapi dah menetap kat selangor dah dekat 20 tahun…

  3. Saya tinggal di Port Klang, untuk mendaftar perlu pergi ke Pusat Khidmat ADUN Port Klang atau Pejabat ADUN Pandamaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.