Cara Semak Harga Pasaran Rumah Terkini Yang Terbaik

Cara Semak Harga Pasaran Rumah Terkini Yang Terbaik

Posted on

Semak harga pasaran rumah terkini adalah perkara pertama yang kita mesti buat sebelum membeli rumah yang kita mahukan. Ini memastikan anda tidak silap menilai setelah semak harga pasaran rumah terkini sebab anda mesti mahukan pulangan akan datang. Dari maklumat yang telah kita semak itu maka baru anda dapat harga semasa tanah, harga sebenar rumah, nilai semasa bangunan dan macam-macam lagi. Ingat, semua ini amat penting. Ingat perkara ini berkaitan dengan aktiviti dan pemantauan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Jadi Bagaimana Cara Semak Harga Pasaran Rumah Ini?

Harga Pasaran Rumah Terkini

Bagi menjawab soalan ini, saya akan kemukakan sebab utama kenapa pemilik / owner rumah perlu semak harga pasaran. Bagaimana mudahnya membeli rumah saya ada terbaca di blog https://pakarwang.com dengan artikel Senangnya Beli Rumah Sebagai Pelaburan Akan Datang.

1. Harga Pasaran adalah faktor yang melajukan proses jual beli sesebuah rumah. Ini kerana rumah di bawah harga pasaran menjadi minat kepada semua pembeli yang mencari kediaman. Mereka cepat teruja bila dapat tahu ada rumah yang jauh lebih murah dari harga pasaran sebenar. Maka dengan itu mereka yang bergelar pembeli ini mendapat 2 sebab keuntungan :

A. Membeli dengan tanpa bayaran muka.. (wow)
B. Mendapat lebihan pinjaman dengan membuat pinjaman harga sebenar pasaran (jadi duit lebihan tersebut bolehlah buat repair serta ubahsuai rumah lagi)

2. Boleh tahu tentang potensi hartanah anda. Hal ini berkaitan dengan pelaburan iaitu Capital Appreciation. Berapa peratusan kenaikan nilai (appreciation) hartanah anda setiap tahun. Bila anda dah minta ejen hartanah semak harga pasaran, anda dah boleh bersedia menjual hartanah anda.

Cara Semak Harga Pasaran Rumah Guna Ejen Hartanah

Harga Pasaran Rumah Guna Ejen Hartanah

Saluran untuk semak harga pasaran rumah ada banyak. Tapi yang paling best adalah melalui ejen hartanah! Kenapa? Sebab ejen hartanah akan bantu anda tanpa anda perlu rujuk banyak pihak.

Kebiasaannya ejen hartanah ada rangkaian (networking) dengan banyak pihak yang terlibat seperti peguam hartanah, banker, jurunilai dan prospek pembeli.

Ini bermakna, urusan anda dipermudahkan dan dipercepatkan. Tidak perlu berhubung dengan banyak pihak. Serahkan sahaja kepada ejen hartanah. Pastikan ejen hartanah berdaftar ye.

Perkara yang perlu diambil perhatian apabila berurusan dengan ejen hartanah ialah

1. Pilih ejen hartanah berdaftar REN (ejen hartanah di sini termasuklah perunding hartanah). Bagaimana nak tahu berdaftar atau tidak. Boleh minta kad kuasa mereka bila berurusan. Boleh rujuk di pautan Servis Ejen Hartanah.

Bagaimana menyemak sama ada REN tersebut berdaftar atau tidak dengan LPPEH adalah dengan memasuki laman web LPPEH sendiri.Pautan ke laman web tersebut ialah http://www.lppeh.gov.my/. Untuk lebih lanjut boleh lihat artikel yang ditulis oleh Encik Fairuz Razak di dalam website nya http://fairuzrazak.com/

2. Berikan maklumat lengkap berkaitan dengan rumah kepada Ejen untuk pengesahan; Sila bari butir-butir lengkap yang disenaraikan seperti di bawah ini :

a) Alamat rumah yang dikehendaki
b) Jenis kediaman atau bangunan  (semi-d, banglo, teres, 2 tingkat, 1 tingkat dsb)
c) Luas (luas tanah dan bangunan)
d) Ubahsuai jika ada (extent dsb)
e) Maklumat pemilik rumah untuk dihubungi (nama, no HP dan lain-lain)

Cara Semak Harga Pasaran Rumah Tanpa Ejen

Cara Semak Harga Pasaran Rumah Tanpa Ejen

Sebenarnya kita boleh je semak harga rumah tersebut dengan pihak Bank yang memberikan kita kemudahan pinjaman. Maklumat dari bank ini adalah anggaran paling tepat yang terkini. Maklumat yang perlu adalah seperti dibawah ini. Tiada bezanya dengan apa yang kita bagi dengan pihak ejen REN.

a) Alamat rumah yang dikehendaki
b) Jenis kediaman atau bangunan  (semi-d, banglo, teres, 2 tingkat, 1 tingkat dsb)
c) Luas (luas tanah dan bangunan)
d) Ubahsuai jika ada (extent dsb)

tetapi cara ini perlukan masa anda untuk berjumpa dengan pihak bank. Keputusan adalah bergantung dengan budi bicara dari bank. Kadang-kadang anda akan berasa cara ini sedikit sukar sebab kebanyakkan pihak bank ini telah berkerjasama dengan ramai REN. Jadi anda kena bersikap lebih profesional.

Ada juga pelbagai laman web kini yang menyediakan semakan nilai pasaran atas talian sahaja. Anda perlu bijak memilih manakah yang paling sesuai dan pastikan website tersebut ada mengunakan SSL. Ini adalah keselamatan bagi pihak anda, banyak penipuan yang berlaku atas talian kini. Mungkin mereka hanya mahukan maklumat anda ataupun sekadar menipu dengan maklumat supaya anda menjadi pelanggan mereka. Jadi berhati-hati apabila mengunakan medium online ini.

Akhirnya buat anda yang terfikir untuk membeli rumah, pastikan anda melakukan Semak harga pasaran rumah terkini. Ini menjamin anda tidak rasa rugi selepas pinjaman anda berjaya. Berkongsilah artikel ini dengan saudara atau rakan anda yang sedang berhasrat untuk memiliki rumah. Mungkin post ini bakal membantu mereka mencari hartanah yang menjadi idaman dengan betul.

 

Summary
Cara Semak Harga Pasaran Rumah Terkini Yang Terbaik
Article Name
Cara Semak Harga Pasaran Rumah Terkini Yang Terbaik
Description
Semak harga pasaran rumah terkini adalah perkara pertama yang kita mesti buat sebelum membeli rumah yang kita mahukan. Ini memastikan anda tidak silap menilai setelah semak harga pasaran rumah terkini sebab anda mesti mahukan pulangan akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.