Ebit Lew Buka 10 Pasaraya ElewsMart Julai Ini

Ebit Lew Buka 10 Pasaraya ElewsMart Julai Ini Serta Food Bank Orang Susah

Posted on 301 views

Ustaz Ebit Lew akhirnya akan memulakan operasi Pasaraya ElewsMart insyaallah pada bulan Julai ini. Malah beliau amat mengharap Pasaraya ini akan menjadi stop centre bagi golongan yang tidak berkemampuan dengan adanya Food Bank untuk mereka. Hebat… impian Ustaz Ebit akhirnya menjadi kenyataan.

Bagi anda semua, mari kita support usaha Ustaz untuk membantu dengan berbelanja di Pasaraya ElewsMart nanti.

Siapa yang tidak kenal dengan pendakwah terkenal, ustaz Ebit Lew yang sering membuat kerja amal di seluruh Malaysia.

Terbaru, menerusi muat naik di Facebook, Ebit Lew berkongsi perkembangan terkini mengenai 10 cawangan pasar raya miliknya iaitu Elews Mart yang sedang diubahsuai.

Ebit memberitahu bahawa semua cawangan pasar raya itu akan dibuka di sekitar Lembah Klang pada pertengahan Julai ini.

Pendakwah berusia 36 tahun itu memberitahu beliau terharu apabila mendapat sokongan pihak pengilang dan pengedar produk barangan yang bersama-sama menjayakan hasrat bagi pembukaan pasar raya tersebut.

“Doakan yer untuk 10 cawangan Elews Mart di sekitar Lembah Klang dibuka tengah Julai 2020. Semua sedang di renovate. Terima kasih Nestle berkongsi ilmu sistem warehouse untuk dipraktikkan di warehouse kami nanti.

“Baik-baik boss Nestle semuanya berkongsi ilmu. Sbak rasa dengan layanan dan bantuan semua. Semoga diberkati dan dimudahkan semuanya.

“Syukur hampir semua pengilang dan distributor support ElewsMart. Terharu semua nak bantu dan bersama dengan ElewsMart.

“Kita akan dapat berikan harga paling murah insyaAllah. Dan food bank akan ada di setiap cawangan untuk yang memerlukan. Doakan yer. Ini kerana doa tuan puan semua,”

Perkongsian tersebut telah menerima lebih 16,000 tanda suka dan ratusan perkongsian serta komen netizen yang rata-rata bersyukur atas amalan murni beliau dalam membantu merlngankan beban rkyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa.

Sumber:yoynetwork

 

 

2 comments

  1. Assalamualaikum Ustaz Ebit Lew. Sy Habil merupakan supplier Roti Dan kek berminat untuk membekal produk kami disemua cawangan ELEWS MART.Dengan siapa perlu untuk berurusan? Ni contact sy:0122199467

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.