Kes Scammer di Malaysia, Penipu Kini Main Undang-Undang

Posted on

Kes Scammer di Malaysia. Penipuan kini berleluasa.Β  Scammer(penipu) kini semakin bijak bila mula menggunakan teknik melibatkan undang-undang.

Banyak yang telah berlaku tapi mengapa anda masih lagi menagih pecaya pada golongan penyangakΒ  ini?

Kegiatan Scammer

Kali ini Pakar Wang cuba membongkar secara ringkas kegiatan scam yang nampaknya makin-makin membarah waktu ini. Nasihat buat anda, jangan mudah pecaya dengan janji manis, bulan bintang.

Scammer lebih layak di panggil penyangak ini sekarang bijak manipulasi apa sahaja dalam undang-undang untuk memperdaya mangsa. Tambah-tambah orang yang dimanipulasi itu memang tidak tahu undang-undang berkaitan.

penipu ajen hartanah malaysia

Kes Penipuan

Kes Scammer Along

πŸ”΄ Sekarang Along ( pemberi pinjaman haram) pun dah daftar Syarikat Wang berlesen. Kononnya telus dan terbaik dengan iklan faedah yang rendah. (Itu atas kertas sahaja)

πŸ”΄ Cara dia operasi, bila orang datang nak pinjam duit, along ini akan suruh anda sign “side” agreement. Kononnya mereka ini mengikut undang-undang pinjaman.

πŸ”΄ Ketahuilah “Agreement” tersebut sebenarnya tidak diiktiraf undang-undang di Malaysia. Bila anda dah tandatangan dokumen tersebut mereka simpan entah kemana. Senang cerita pasti buang saja.

πŸ”΄ Ini yang paling mereka suka, bila dah sign agreement mereka akan ambil kad bank peminjam. Pinjam rm3000 bayar balik berbelas ribu tapi tak penah habis-habis. (Agaknya berapa faedah yang golangan scammer/penyangak ini ambil?)
πŸ”΄ Ada kes, security guard nak duit sebab nak biaya yuran kemasukan universiti anaknya, pinjam rm3000++, tapi tiap-tiap bulan tolak rm1000++. Tinggal baki gaji rm400 je. Itupun sampai kesudah tak habis-habis bayar.

Kes Scammer Jual Rumah

πŸ”΄ Mereka akan buka syarikat untuk promosi dan kutip duit penempahan. Paling hebat boleh dapat kutip duit penuh jualan rumah. Harga rumah yang pastinya 50% lebih murah dari biasa.

πŸ”΄ Mereka akan siapkan 1 rumah contoh dan akan ada tapak kosong untuk bukti projek dalam pembinaan. Jadi dia ada 2-3 tahun masa “konon” nya nak siapkan.

πŸ”΄ Bila tak siap, dia kata biasalah projek bertangguh. Lagipun projek dia bukan under Housing Development Act (HDA). Jadi tak perlu ikut terma-terma seperti yang macam kerajaan tetapkan.

πŸ”΄ Kalau tak puas hati, lapor sahaja kepada polis dan lantik peguam lawan di mahkamah.

πŸ”΄ Nak bawak ke Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah? Tribunal hanya layan kes projek yang dibawah HDA sahaja.

πŸ”΄ Jadi harapan terakhir adalah, mahkamah. Maka keluarlah kos, tenaga dan masa pembeli menuntut hak-hak yang belum tentu dia dapat.

πŸ”΄ kalau menang kes pun, nak suruh syarikat bayar pun payah. Kalau syarikat istihar bangkrap? Menangis jelah duit anda terbang..

Kes Scammer Perniagaan Online?Offline

πŸ”΄ Beli barang, dah buat bayaran penuh. Barang tak sampai-sampai. Sama kes seperti beli rumah kat atas.

πŸ”΄ Bila tanya mana barang, dia macam-macam alasan diberikan. Dia suruh bagi masa.

πŸ”΄ Bila masa dah habis, dia kata dia dah nak bangkrap. Memang tak dapat nak bayar. Dia kata, Kalau kita bawak ke mahkamah pun kita yang rugi masa. Kemungkinan langsung tak dapat sebab dia memang takda harta.

πŸ”΄ Dia kata lagi, dari bawa ke mahkamah, biar dia selesaikan sedikit demi sedikit.

πŸ”΄ Orang pun cair..maka bayar la sikit-sikit sebulan dua bulan. Bulan seterusnya lesap.

πŸ”΄ Dan ianya berterusan sampai lah tak sudah-sudah.. (masih lagi berlaku kes yang begini)

Kes Scammer Pajakan/Sewa Kereta

πŸ”΄ Bagi kereta dekat syarikat buat servis sewa kereta, syarikat janji nak bayar bank loan pemilik setiap bulan. Macam kes PPIM vs AGR. Masuk berita dengan viral kes ni. Tapi sampai ke sudah tak selesai pun.

πŸ”΄ Akhirnya tertunggak berbulan-bulan. Nama pemilik kena senari hitam.

πŸ”΄ Bila nak ambil balik kereta, syarikat tak bagi ambil. Kalau ambil juga maka pemilik telah menceroboh premis syarikat katanya… Syarikat kata suruh buat perintah mahkamah dulu baru boleh ambil. Macam tu pulak?

πŸ”΄ Syarikat kata, ibarat seorang penyewa yang tak bayar sewaan berbulan-bulan, maka tuan rumah tak boleh masuk terus. So sama la macam kes pajak kereta ni. Mesti dapatkan perintah mahkamah.

πŸ”΄ Ehh ke situ pulak..walhal kes pajakan kereta kepada pihak ketiga tak sama dengan kes penyewa tak bayar sewa rumah. Agreement sewaan rumah memang ada dalam undang-undang, diiktiraf. Tapi agreement pajakan tak diiktiraf sebab kereta masih milik bank dan agreement tiada termaktub dalam akta. Nampak tak mereka kaki pusing.
(ini yang saya difahamkan, kalau tak benar mohon mana-mana pakar undang-undang bagi penjelasan)

πŸ”΄ Sebenarnya syarikat suruh buat perintah makamah dulu sebab dia nak tangguhkan pengambilan kereta anda. Dalam tempoh itu, macam-macam dia boleh buat pada kereta tu. Jual, rosakkan, atau mungkin hilangkan terus.

πŸ”΄ Lepas tu syarikat istihar bankrap. Apa susah syarikat Sdn bhd kan. Tunai ada ditangan, boleh mula bisnes lain lagi.
Pakai proxy. Asalkan ada tunai. Yang menangis adalah tuan kereta.

Kesimpulannya, janganlah terlibat dengan benda-benda macam ni. Buatlah dengan ilmu. Ikut saluran yang betul. Bila ada perkara yang tak masuk akal, Patutnya awal-awal dah dapat tahu. Bukan dah terkena baru nak melatah.

Kenapa Akaun Bank Dibekukan

Waktu Scammer Bertindak

Ingat… tiada orang meniaga nak rugi. Jika ada yang murah atau untung lebih dari biasa, selalunya dan pastinya ianya adalah Scam (penipuan). Scammer-scammer ini akan bertindak mengikut keadaan. Antara keadaan :

1. Waktu ekonomi negara meleset.

2. Semasa harga rumah atau barang mahal dan terus naik.

3. 5 atau 3 bulan sebelum sesuatu musim perayaan.

Nasihat Pakar wang untuk anda “Mencegah jauh lebih baik dari mengubati” . Anda sememangnya bijak, tetapi kebiasaannya akan jadi bodoh bila ianya melibatkan wang dan keuntungan. Jika dah terjebak dengan scammer ini anda pasti akan kecewa sampai bila-bila.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.