Kesan Negatif Tidak Menabung Ketika Usia Muda

Posted on

Kesan negatif tidak menabung ketika usia muda? 

‘Alah, menabung ni untuk budak-budak je.. kita bukan budak sekolah lagi..’

Anda mempunyai persepsi macam ni?

Kalau macam tu, jangan kemana-mana, baca sampai habis tau..!

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit adalah pepatah yang tidak lazim lagi sering dikaitkan dengan amalan menabung.

Daripada usia kecil lagi kita didedahkan dengan amalan menabung namun apabila menginjak dewasa, semangat untuk meneruskan tradisi itu semakin pudar, menyebabkan ramai anak muda kita terjerumus dalam kesan negatif tidak mempunyai tabungan khas menghadapi masalah ekonomi.

Pakar wang ingin anda untuk teruskan mendalami 5 kesan negatif tidak menabung ketika usia muda.

Jom!

MENGAPA PERLU MENABUNG?

Dek kerana terlalu ikutkan nafsu kebanyakan generasi muda kita tidak mempunyai wang tabungan mereka sendiri.

Heboh dengan gaya hidup yang mewah, hutang-piutang keliling pinggang.

Dengan adanya simpanan wang yang kukuh, anda tidak perlu lagi pening memikirkan masalah yang bakal anda hadapi di masa hadapan, pupuk semula amalan menabung, tiada istilah terlambat untuk anda.

Yang terlambatnya apabila hutang menggunung, duit dalam poket kosong.

Menabung memastikan anda berada dalam kedudukan ekonomi yang stabil dan selamat. Ia menunjukkan juga bahawa anda pandai menguruskan kewangan anda dan tidak  boros berbelanja.

 

5 KESAN NEGATIF TIDAK MENABUNG KETIKA USIA MUDA 

KESAN 1 – TIADA DANA KECEMASAN

Dana kecemasan merupakan penyelamat untuk anda bagi menghadapi situasi yang berada di luar jangkaan anda. Kemalangan, kematian, kerosakan harta dan sebagainya akan membebankan anda sekiranya anda tidak mempunyai dana kecemasan untuk membantu.

Beringat-ingatlah sebelum kena, jangan sudah terhantuk baru terngadah.

Asingkan sedikit daripada pendapatan bulanan anda ke tabung dana kecemasan. Apatah lagi sekiranya anda sudah berkeluarga, dana kecemasan penting untuk memastikan keselamatan anak-anak dan perancangan ekonomi keluarga stabil.

Istilah menyesal tak sudah tak berguna lagi sekiranya anda lalai dan boros berbelanja sehingga terlupa untuk bersiap sedia menyediakan yang terbaik untuk keluarga.

Tabung dana kecemasan ini kedengaran remeh namun sumbangannya terhadap anda mampu mengubah perspektif anda terhadap kebaikan menabung.

KESAN 2 – KUALITI HIDUP TIDAK BERUBAH

Anda merasakan kehidupan anda sekarang ini selesa dengan apa yang telah anda miliki walaupun hakikatnya nilai kesemua aset anda itu akan berubah di masa hadapan.

Cuba melihat perkara ini dari sudut jangka masa panjang, kerana demand untuk kualiti di masa hadapan jauh lebih mencabar dan berkos tinggi.

Jika anda mahukan kehidupan yang selesa di masa hadapan, mulakan aktiviti menabung daripada zaman anda mula bekerja. Jika tidak mampu menyimpan dengan banyak, simpan sikit dahulu dan rancang perbelanjaan anda dengan bijak.

Tanpa simpanan yang kukuh, sukar untuk anda meningkatkan kualiti hidup kerana semakin terbeban dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Berkorban selagi anda mempunyai tenaga muda demi mencapai kesenangan hidup dan ketenangan fikiran dalam menghadapi perubahan ekonomi mendatang.

KESAN 3 – HUTANG SEMAKIN MENINGKAT

Hal ini terjadi kerana hutang baru dibuat semata-mata untuk menampung hutang lama yang anda tidak mampu bayar.

Tiada kesudahan dalam cara anda menyelesaikan masalah hutang anda sekiranya anda terus berhutang.

Dengan adanya simpanan yang kukuh,

contohnya,

anda menyimpan di Pakar wang ataupun ASB, anda tidak perlu pening membuat keputusan terburu-buru untuk menyelesaikan masalah hutang anda, sememangnya tujuan menabung itu untuk membantu anda menyelesaikan masalah kewangan yang anda hadapi.

Ada juga keluarga yang terpaksa melakukan pinjaman peribadi dan hutang kad kredit semata-mata untuk menampung kos perbelanjaan harian dan yuran anak-anak untuk ke sekolah. Walhal, perkara seperti ini tidak mungkin berlaku sekiranya anda mempunyai simpanan yang kukuh.

Hutang bertambah, masalah pun bercambah.

KESAN 4 – SUSAH UNTUK MEMILIKI ASET

‘Macam mana ni, nak beli rumah tapi tak cukup duit deposit.’

Perlu kah anda berhutang untung memiliki aset?

Ya, itu merupakan salah satu cara yang disediakan tetapi adalah lebih baik sekiranya anda mempunyai simpanan khas untuk perancangan memiliki aset anda sendiri.

Semakin tinggi harga sesebuah rumah itu, semakin tinggi nilai deposit yang perlu anda sediakan. Lupakan lah rumah idaman anda sekiranya anda tidak mempunyai wang simpanan khas untuk memiliki aset.

Rancang sebaik-baiknya cara anda menabung agar impian anda untuk memiliki aset tidak tergendala.

KESAN 5 – PENGURUSAN KEWANGAN MUDAH TERGANGGU

Apabila umur semakin menginjak ke era 30-an ke atas dan anda telah pun berkeluarga, sudah pasti tanggungan anda tertumpu kepada kebajikan keluarga dan hutang-hutang seperti hutang kereta dan rumah.

Pengurusan kewangan anda mudah terganggu kerana anda mempunyai komitmen lain yang memerlukan pembayaran bulanan dalam jumlah tertentu. Anda tidak dapat mencari sumber lain untuk menabung wang simpanan.

Cuba cari pendapatan sampingan yang lain untuk mengelakkan anda mengusik jumlah yang telah anda asingkan daripada pendapatan bulanan anda.

Pendapatan persampingan itu dapat menjadi wang simpanan anda.

Kesan Negatif Tidak Menabung

Video ‘3 Alasan Kenapa Anda Tidak Akan Pernah Menabung’

Dimana silapnya kita dalam memahami akan pentingnya amalan menabung ini?

Mungkin kita lebih melihat kepada nikmat kepuasan jangka masa pendek berbanding kesejahteraan hidup di masa hadapan.

Tepuk dada, tanya diri sendiri, simpanan anda tu cukup ke?

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.